Treasury management

Pengurusan perbendaharaan

Pengurusan kewangan merupakan aspek terpenting bagi setiap model perniagaan kerana ia menunjukkan keadaan sesuatu perniagaan itu dan juga tahap kemajuannya. Tetapi bagaimana untuk membina model kewangan perniagaan yang ideal? Bagaimana untuk mengawal aliran tunai dan menentukan divisyen dan rangkaian perniagaan yang manakah menghasilkan aliran tunai terbanyak? Bagaimana untuk meramal bila dan pada harga yang manakah paling sesuai untuk menarik minat sumber kewangan dan untuk memastikan sasaran keuntungan syarikat berjaya dicapai? Bagaimana untuk memahami baki dana yang bersesuaian untuk memastikan kesolvenan operasi semasa? Apakah pelaburan yang paling efektif?

Pemilik perniagaan sentiasa memerhatikan laporan pengurusan perbendaharaan yang akan membantu mereka untuk mengurus aset kewangan dan pemilikan. Perkhidmatan pengurusan perbendaharaan boleh membantu melancarkan kewangan syarikat dengan pengurusan tunai, pelaburan, dan lain-lain aset kewangan. Jadi, apakah sebenarnya pengurusan perbendaharaan?

Definisi

Pengurusan perbendaharaan ialah merancang, mengurus, dan mengawal pemilikan, dana, dan modal kerja syarikat untuk penggunaan dana dengan sebaik mungkin, mengekalkan kecairan firma tersebut, mengurangkan kos keseluruhan, dan mengawal operasi dan risiko kewangan. Ia merangkumi pengurusan modal kerja, pengurusan matawang, kewangan korporat, dan pengurusan risiko kewangan.

Dalam erti kata lain, pengurusan perbendaharaan ialah pengurusan keseluruhan operasi kewangan syarikat termasuk operasi matawang, aliran tunai, dan pelbagai strategi kewangan korporat.

Matlamat utama Pengurusan perbendaharaan

Matlamat utama Pengurusan perbendaharaan adalah untuk memastikan bahawa syarikat mempunyai wang yang cukup semasa aliran keluar tunai. Dan juga, ia menyumbang kepada penggunaan wang bebas yang lebih baik pada baki semasa syarikat tersebut. Dalam erti kata lain, ia bermakna firma tersebut tidak perlu mempunyai wang yang banyak pada baki semasa tanpa menggunakannya. Di satu sisi yang lain, ia sepatutnya menjadi cara terbaru dan paling efektif penggunaan wang

Penerangan beberapa fungsi Pengurusan perbendaharaan seperti di bawah:

  • Pengurusan tunai yang kompeten, bermaksud syarikat tersebut mempunyai sistem pungutan dan pembayaran yang bagus.
  • Pengurusan kecairan. Tahap kecairan yang optimum perlu dikekalkan di dalam perniagaan. Syarikat perlu memenuhi kewajipan kewangannya apabila sampai tempoh pembayaran, seperti pembayaran kepada pembekal, pekerja, penghutang, dll.
  • Penggunaan sumber yang optimum. Pengurusan perbendaharaan juga menyasarkan penggunaan sumber firma yang efektif, pengurangan kos operasi dan mengelakkan krisis kecairan pada masa akan datang.
  • Pengurusan Risiko: Salah satu objektif utama Pengurusan perbendaharaan ialah mengurus risiko kewangan untuk membolehkan syarikat tersebut memenuhi kewajipan kewangan mereka, dan memastikan prestasi perniagaan tersebut menepati sasaran. Kecenderungan untuk mengenalpasti, mengukur, menganalisa dan mengawal risiko untuk mengelak kerugian, yang berpotensi untuk memberi kesan terhadap perkembangan dan keuntungan syarikat. Justeru, Pengurusan perbendaharaan bertanggungjawab terhadap semua jenis risiko yang akan mempengaruhi entiti perniagaan tersebut.

Kelebihan Pengurusan perbendaharaan

Perkhidmatan Pengurusan perbendaharaan memberikan beberapa kelebihan unik untuk perniagaan. Salah satu kelebihan utama ialah kecekapan masa. Dengan mengaplikasikan sistem Pengurusan perbendaharaan, perniagaan tersebut boleh mempercepatkan proses pembayaran dan dapat mengurangkan masa untuk pengesahan dan proses pembayaran. Di samping itu, Pengurusan perbendaharaan dapat menjimatkan kos. Dengan akses kepada pelbagai perkakas dan sumber, sesuatu perniagaan boleh mengetahui kos transaksi rentas bank dan mengawal fi-fi lain yang terlibat. Kawalan terhadap proses ini juga akan membantu penyingkiran kerja-kerja meneka pada pelan kewangan dan dapat mengurangkan kebarangkalian kesilapan yang melibatkan kos yang tinggi.

Kesimpulan

Pengurusan perbendaharaan merupakan komponen utama untuk pengurusan yang kompeten untuk sebuah perniagaan. Ia membantu ketua bahagian pengurusan untuk mengurus aset dan mencari idea pelaburan yang bijak serta menguntungkan. Selain dari itu, ia mengurus risiko, yang mana merupakan aspek penting untuk kejayaan sesebuah syarikat itu.

Sama seperti sebuah syarikat yang mengurus risiko dan kewangan mereka, seorang pedagang perlu menguruskan sendiri. Seorang pedagang yang kompeten perlu faham bagaimana sebuah syarikat itu cuba menghasilkan keuntungan yang berterusan dan mengelak daripada muflis, mereka perlu membina satu sistem yang akan memberikan mereka pendapatan yang tetap dengan risiko yang minimum. Itulah sebabnya FBS menyediakan para pedagang dengan instrumen perdagangan yang banyak dan pelbagai, kerana perkara utama untuk meminimumkan risiko perdagangan adalah kepelbagaian portfolio dan juga pengurusan kewangan yang baik.

Undur

2021-11-11 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera