Membina Keakraban Dengan Rakaniaga FBS Dalam Pertemuan Khas Di Singapura
FBS telah menganjurkan satu pertemuan khas di Singapura untuk mengukuhkan kerjasama dengan Rakaniaga Introducing Brokers (IB) dari rantau Asia Tenggara. Pertemuan itu, yang bertujuan untuk membina hubungan yang lebih kukuh antara FBS dan pelanggan yang telah setia bersama kami selama bertahun-tahun, berlangsung sempena perlawanan pramusim Leicester City Football Club dan Liverpool F.C.
Sebagai Sekutu Rasmi Leicester City dan Penaja Rasmi Pakaian Latihan untuk musim 2023/2024, kami menjemput rakaniaga-rakaniaga IB yang telah lama bersama dengan kami sambil meraikan permulaan musim baharu bola sepak.
Dalam pertemuan itu, kami telah membincangkan tentang kemas kini terbaru Program IB FBS dan Sistem Bayaran Komisen Rakaniaga yang baharu. Kami juga telah menampaikan rasa terima kasih kami kepada para Rakaniaga atas kesetiaan dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap jenama FBS.
Perhimpunan mesra ini menjadi satu titik bersejarah penting dalam usaha kami untuk memupuk hubungan dan menggalakkan kerjasama yang lebih akrab dengan Rakaniaga IB kami.