Strategi Perdagangan 30 Pip Sehari

Strategi Perdagangan 30 Pip Sehari

2021-01-26 • Dikemaskini

30 Pip Sehari ialah satu strategi perdagang yang digunakan di pasangan-pasangan matawang yang meruwap seperti GBP/JPY. Ini kerana pendekatan ini memerlukan ruang yang luas untuk manuver perdagangan bagi mendapatkan margin keuntungan yang dikehendakkan. Juga, matawang yang meruwap sering memberikan titik-titik penyongsangan pasaran yang lebih jelas. Rangka masa yang digunakan untuk pendakatan ini adalah 5 minit.

Indikator-indikator yang digunakan 

  • Purata Bergerak Eksponen 10 tempoh (EMA-10)
  • Purata Bergerak Eksponen 26 tempoh (EMA-26)

Di bawah anda akan lihat bagaimana anda boleh temui indikator Purata Bergerak di menu MetaTrader dan di mana anda boleh tetapkan penggunaan kaedah Eksponen untuknya.

13.png

Idea dasar

Persilangan EMA digunakan untuk mentakrifkan trend.

Jika EMA-10 menyilang EMA-26 dari bawah ke atas dan terus menaik, ia petanda suatu uptrend.

Jika EMA-10 menyilang EMA-26 dari atas ke bawah dan terus menuruh, ada tekanan ke bawah pada harga.

Pembukaan dan penutupan urusniaga

Langkah 1

Anda nantikan EMA-10 menyilang EMA-26. Ini akan memberikan anda petunjuk untuk bersiap bagi membuka posisi. Tambahan lagi, cara EMA-10 menyilang EMA-26 mentakrifkan arah pembukaan urusniaga, seperti yang akan dijelaskan dalam senario di bawah.

Langkah 2

Anda tunggu hingga harga mengikut arah yang dicadangkan oleh EMA untuk sahkan interpretasi pasaran anda.

Langkah 3

Anda tunggu pembetulan tempatan melawan trend yang dicerap. Anda akan bukan posisi di harga tinggi/rendah pengunduran ini. Niat anda di sini adalah untuk memukat julat yang akan dilalui oleh harga selepas ia keluar dari pembetulan dan mengikuti semula trend yang dicerap.

Berikut adalah contoh-contohnya.

Contoh

Posisi Short

Di carta M5 GBPJPY, kita dapat cerap adanya satu downtrend. Tambahan lagi, kita nampak bahawa EMA-10 telah menyilang EMA-26 dari atas ke bawah dan terus bergerak ke bawah. Justeru, kita putuskan untuk menjual seiring trend menurun.Bagaimana pun, kita tidak menjual dengan serta merta. Sebaliknya, kita nantikan sehingga harga bergerak ke atas dalam satu pembetulan untuk mencapai sekurang-kurangnya titik tengah di antara dua EMA kita. Sekarang, kita letakkan pesanan jual.Renti rugi harus diletakkan 15-20 pip di atas aras pesanan jual. Ambilan untung adalah 30-40 pip.

2.png

Posisi Long

Logik yang sama terpakai di pasaran yang sedang menaik.Pada carta M5 GBPJPY, kita cerap suatu uptrend. Juga, kita lihat bahawa EMA-10 telah menyilang EMA-26 dari bawah ke atas dan terus menaik. Lantas, kita putuskan untuk membeli seiring dengan trend menaik.Bagaimana pun, kita tidak membeli dengan serta merta itu juga. Sebaliknya, kita nantikan sehingga harga bergerak ke bawah dalam satu pembetulan untuk mencapai sekurang-kurangnya titik tengah di antara kedua-dua EMA. Sekarang kita boleh buat pesanan beli.Perhatian: Dalam senario ini, harga tidak hanya bergerak ke bawah ke titik tengah di antara dua EMA, tetapi jatuh lebih rendah – ini juga boleh diterima. Ideanya di sini adalah untuk mengesahkan bahawa pengunduran cukup signifikan untuk memberikan keuntungan maksimum sehingga ambilan untung terpicu aktif.Renti rugi harus diletakkan 15-20 pip di bawah harga pesanan beli. Ambilan untung adalah sejauh 30-40 pip.

3.png

Beri perhatian

Seperti yang anda boleh lihat, aras Ambilan Untung dan Renti Rugi agak jauh dari aras pembukaan posisi. Itulah sebabnya mengapa kemeruwapan matawang diperlukan untuk mencapai aras-aras ini dan menjadikan strategi ini berkesan. Di satu sisi lain pula, pendekatan ini boleh dianggap agak berisiko di atas sebab yang sama. Nisbah antara Renti Rugi (15-20 pip) dan Ambilan Untung (30-40 pip) adalah 1 kepada 2. Pedagang perlu mempertimbangkan ini dan lihat kesesuaiannya dengan ekuiti yang ada dan pengurusan risiko yang digunakan. Sebagai rangkuman, kita boleh katakan bahawa 30 Pip Sehari ialah suatu strategi yang menarik dan agresif untuk mencatat keuntungan yang baik dengan setiap urusniaga. Ia mudah digunakan tetapi perlukan keberanian. Jika ia diperkuat dengan analisis trend yang standard sebagai langkah semakan berjaga-jaga, ia boleh menjadi perkakas yang ampuh di dalam persenjataan seorang pedagang.

Serupa

Strategi perdagangan Ross Hook (RH)
Strategi perdagangan Ross Hook (RH)

Seperti yang anda ketahui, penganalisis teknikal bergantung pada harga masa silam untuk meramalkan harga di masa depan. Sesetengah pedagang cuba membuktikan pendekatan perdagangan ini salah dan tidak menguntungkan. Tetapi kami ingin menunjukkan kepada anda pola Ross Hook yang sudah terbukti menguntungkan selama 32 tahun.

Relative Strength Index: Bulls lwn Bears
Relative Strength Index: Bulls lwn Bears

Apa yang diberitahu oleh RSI? Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strengh Index) adalah indikator yang digunakan dalam analisis teknikal untuk mengukur momentum perubahan harga…

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Mengapakah FBS broker yang terbaik untuk berdagang secara dalam talian?

    FBS sebuah broker yang sah dan dikawal selia oleh International Financial Services Commission, dengan lesen IFSC/000102/198, yang menjadikannya andal dan layak dipercayai. Kami menawarkan kepada para pelanggan kami syarat-syarat perdagangan yang terbaik di pasaran, termasuk pelbagai bonus, instrumen perdagangan yang menyenangkan seperti perdagangan Indeks dan perdagangan Saham di samping penawaran klasik perdagangan seperti pasangan matawang, beraneka promosikomisen affiliate yang paling telus sehingga $80 per lot, khidmat bantuan pelanggan 24/7, dan banyak lagi.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Akaun perdagangan manakah yang harus saya pilih?

    FBS menawarkan pelbagai jenis akaun yang direka untuk memenuhi keperluan anda, termasuklah akaun Cent, Micro, Standard, Zero Spread, dan ECN dengan setiap satunya menampilkan syarat-syarat yang unik. Untuk pemula baru yang tidak mempunyai pengalaman perdagangan, kami mengesyorkan agar mereka membuka akaun Demo terlebih dahulu, dan hanya selepas itu akaun Mikro atau Cent. Bagi mereka yang bukan lagi baharu dalam dunia perdagangan, kami sarankan untuk membuka akaun Standard – akaun bercitarasa klasik. Dan untuk golongan yang profesional, kami mencadangkan akaun Zero Spread atau akaun ECN.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Jadi yang terbaik di arena anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera