1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Risiko Geopolitik: Bagaimana Ia Mempengaruhi Perdagangan Forex?
2023-08-07 • Dikemaskini

Risiko Geopolitik: Bagaimana Ia Mempengaruhi Perdagangan Forex?

cover (2).png

Sebagai seorang pedagang Forex, anda menghadapi pelbagai risiko setiap hari. Daripada spekulasi mudah sehinggalah kepada perang antarabangsa, ada banyak peristiwa yang boleh menjejaskan kadar tukaran matawang. Makalah ini melihat pengaruh jenis-jenis risiko yang paling tidak dapat diramalkan dan global — risiko geopolitik ke atas nasib perdagangan anda. Mula-mula, mari kita lihat semula beberapa pengetahuan asas.

Apakah itu Forex?

Kita boleh beranggapan bahawa semua orang telah mendengar tentang pasaran pertukaran asing (foreign exchange) atau "Forex" sekurang-kurangnya sekali. Pasaran kewangan global ini adalah elemen yang penting dalam perhubungan sosial, suatu fakta yang diketahui dengan meluas oleh umum.

Pasaran tukaran matawang asing ialah pasaran tanpa bursa dan platform yang tersepadu. Ia disertai oleh bank-bank pusat dan bank-bank komersil terbesar di berbagai negara, pelbagai dana, syarikat gergasi multinasional, dan pelabur-pelabur swasta dengan modal peribadi yang mencukupi. Dalam Forex, para pemain melakukan transaksi matawang pada pasangan matawang tertentu, contohnya, EUR/USD (Euro/dolar AS), dengan komisen yang kecil.

Secara ringkasnya, Forex ialah sistem perhubungan ekonomi dan pentadbiran antarabangsa yang membolehkan kedua-dua entiti sah yang besar dan para pedagang persendirian meraih manfaat daripada perdagangan matawang. Para pemain mendapat keuntungan bukan sahaja daripada pertumbuhan matawang tetapi juga daripada kejatuhan mereka.

Pasaran pertukaran asing adalah pasaran yang paling menguntungkan. Pusing ganti (turnover) Forex mencecah sehingga 5 trilion dolar setiap hari. Bolehkah anda bayangkan betapa besarnya amaun tersebut? Ia satu jumlah yang menakjubkan!

Kadar pertukaran dan faktor yang mempengaruhi

Seperti yang telah anda ketahui daripada yang dinyatakan di atas, para pedagang matawang membuat transaksi melalui Forex dan bergantung pada analisis dan jangkaan mereka berkenaan turun naik kadar pertukaran matawang. Kadar pertukaran bermaksud nilai matawang negara berdasarkan matawang asing dan ia aspek yang kritikal dalam hubungan antarabangsa.

Kadar pertukaran ini sentiasa dinamik dan turun naik dari hari ke hari. Pernahkah anda terfikir mengapa kita tidak boleh bekukan kadar pertukaran matawang? Ini adalah mustahil kerana terdapat pelbagai aspek yang mempengaruhi kestabilan kadar pertukaran. Mari kita lihat faktor-faktor tersebut.

Penawaran dan permintaan

Penawaran dan permintaan adalah faktor yang membentuk setiap pasaran, termasuklah Forex. Katakan bidang IT dalam sesebuah negara kuat dan sudah mula membuahkan hasil. Syarikat-syarikat memerlukan dana tambahan dan menarik pelabur-pelabut asing. Apabila pelabur-pelabur tersebut memutuskan untuk melaburkan wang, mereka memerlukan matawang tempatan negara tersebut. Permintaan bagi matawang negara tersebut akan meningkat, dan kadar pertukaran juga pasti akan meningkat.

Kadar inflasi

Kenaikan harga di seluruh negara menyebabkan penurunan dalam kuasa beli matawang negara tersebut dan juga kadar pertukaran matawangnya.

Kadar faedah

Bank-bank pusat di pelbagai negara diberi kuasa untuk menukar kadar pembiayaan semula. Dengan berbuat demikian, mereka menarik para pelabur asing untuk menyimpan simpanan mereka dalam suatu matawang dengan kadar faedah yang tinggi dan menjadikan matawang negara tersebut lebih popular. Kadar faedah yang tinggi memberikan pemberi pinjaman kadar spread yang tinggi, yang sudah pastinya menarik bagi para pelabur asing.

Hutang Kerajaan

Jumlah hutang kerajaan mungkin tidak menggalakkan pelabur asing untuk melabur dalam matawang tertentu, yang menunjukkan bahawa negara tersebut berada di ambang inflasi. Meramalkan inflasi yang mendatang, para pelabur mula menjual bon mereka, mengurangkan modal asing dalam negara. Oleh itu, nilai matawangnya menjadi rendah.

Faktor-faktor yang dipertimbangkan ini baru sejumlah kecil dari yang sebenar. Terdapat banyak lagi aspek yang mempengaruhi kadar pertukaran matawang. Sebagai contoh, spekulasi, harga tenaga dan bahan mentah lain, daya saing sesebuah negara di pasaran global, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, mari kita tumpukan perhatian kita pada risiko geopolitik yang asas dan sangat mempengaruhi perdagangan Forex, yang kadang-kadang menjadi tidak terkawal.

CREATIVE-2343_1200x675 (2).png

Apakah itu geopolitik?

Geopolitik adalah satu skop yang spesifik dalam sains politik yang memberi tumpuan pada korelasi yang kompleks antara dasar luar atau dalam negeri dengan faktor geografi yang berkaitan dengan negara tersebut. Faktor geografi termasuk lokasi dan saiz negara, sumber alam, dan iklim. Geopolitik meneroka bagaiman kerajaan, syarikat, organisasi pengganas dan pihak-pihak lain cuba untuk mencapai objektif politik mereka dengan memanipulasi ciri-ciri geografi global.

Risiko geopolitik

Risiko geopolitik ialah ancaman terhadap sistem politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial sesebuah negara yang boleh muncul kesan daripada penyertaan negara tersebut dalam hal ehwal antarabangsa. Risiko jenis ini bersifat global dan fundamental dari segi kerosakan yang boleh ia sebabkan dan ia sangat membinasakan dari sudut kewangan.

Apakah risiko yang boleh kita anggap sebagai geopolitik?

Risiko politik

Risiko politik timbul dari pelbagai isu dan pertikaian wilayah, ideologi, sumber, atau keputusan tertentu kerajaan. Di sini, risiko dikaitkan dengan kemungkinan perubahan dalam sistem politik negara tersebut, kehilangan sepenuhnya atau sebahagian daripada kedaulatan negara serta peluang mewujudkan gabungan antarabangsa yang bertentangan, pakatan, dan sebagainya.

Risiko ekonomi

Risiko ekonomi timbul daripada ketidaktentuan ekonomi global. Ekonomi global ialah rangkuman aksi-aksi kewangan yang rumit di mana semua prosesnya saling berkaitan secara mendalam. Jadi, peristiwa ekonomi di suatu wilayah sudah pasti akan mempengaruhi kawasan-kawasan yang lain. Sebagai contoh, bekalan sumber kritikal yang tidak stabil boleh memberi kesan teruk kepada operasi sesebuah wilayah.

Risiko Sosial

Risiko ini termasuk risiko kesihatan, risiko alam sekitar dan risiko keselamatan. Perubahan iklim, penyakit berbahaya, bencana alam, dan serangan ganas akan mencabul kestabilan kawasan yang terjejas.

Risiko siber

Risiko siber menjejaskan infrastruktur strategik nasional. Jenayah siber antarabangsa adalah isu yang serius pada masa kini. Jenayah jenis ini menelan belanja yang luar biasa bagi beberapa negara setiap tahun.

Tidak dapat dinafikan bahawa risiko geopolitik memberi kesan kepada daya maju setiap negera, mempengaruhi semua aspek kehidupan. Perdagangan Forex juga tidak terkecuali. Risiko geopolitik menyebabkan turun naik pada kadar pertukaran matawang. Itulah sebabnya para pedagang mesti meneliti kesemua peristiwa geopolitik untuk menggunakan strategi yang paling menguntungkan dan mengelakkan kerugian.

Risiko geopolitik dan perdagangan Forex

Sudahkah anda menonton berita terkini hari ini? Jika sudah, ia amat membantu kerana mungkin ia mungkin mengandungi asas-asas untuk keputusan perdagangan harian anda dan suatu langkah yang besar ke arah kejayaan.

Bencana alam, konflik antarabangsa, jangkitan, tindakan keganasan — itulah yang mesti anda sentiasa ikuti. Faktor yang disenaraikan mencabul kestabilan negara-negara yang terjejas dan juga matawangnya. Sebagai seorang pedagang Forex, anda hanya akan berjaya dengan mempertimbangkan kesemua peristiwa geopolitik yang sedang dan mungkin akan berlaku, dan bertindak balas dengan pantas terhadap peristiwa-peristiwa tersebut.

Nilai matawang

Peristiwa geopolitik boleh menyebabkan turun naik nilai matawang sesebuah negara. Sebagai contoh, jika negara tersebut menghadapi bencana alam, yang membawa kepada gangguan bekalan atau wabak, dan pelbagai perkhidmatan menjadi berbahaya untuk digunakan. Oleh itu, keadaan ekonomi atau politik yang tidak stabil dalam negara tersebut tidak memberi galakan kepada pelabur dan mengurangkan aliran matawang asing. Sebaliknya, jika negara mempunyai alatan yang ampuh untuk mengatasi konflik atau semua cabaran yang timbul dengan penuh keyakinan, iklim pelaburan menjadi lebih menarik, dan kadar pertukaran matawang negara tersebut turut meningkat.

Kawalan selia

Adalah penting untuk memahami bahawa risiko geopolitik boleh mendorong kerajaan mengubah undang-undang semasa, mengubah iklim pelaburan dan peraturan pasaran.

Pasangan matawang

Peristiwa geopolitik boleh mempengaruhi pasangan matawang tertentu. Pengaruh sebegini berlaku apabila negara-negara berkenaan saling bergantung antara satu sama lain menerusi eksport dan import beberapa produk. Contohnya, bencana alam menyebabkan gangguan bekalan minyak di Timur Tengah. Oleh itu, kadar pertukaran matawang milik pengimport dan pengeksport akan berubah secara drastik dari segi wang negara yang terjejas.

Jangan lupa bahawa kesan peristiwa geopolitik sentiasa tidak dapat diramalkan. Peristiwa yang sama mungkin memberi kesan kepada negara yang berbeza dan matawangnya secara berbeza. Selalunya, kadar pertukaran matawang dua atau lebih negara bergerak pada arah yang bertentangan.

Oleh itu, pedagang Forex harus mengambil kira semua risiko geopolitik yang berpotensi terjadi untuk menyesuaikan strategi mereka dengan sewajarnya dan untuk menjana keuntungan.

Kes-kes sepanjang sejarah

Mari kita bincangkan beberapa kes-kes terkenal yang menggambarkan pengaruh geopolitik ke atas perdagangan Forex.

Konflik China-Taiwan

Suku kedua 2023 telah menyaksikan peningkatan konflik berpanjangan yang sedia ada antara China dan Taiwan. Kerajaan China telah mengambil keputusan untuk menjalankan latihan ketenteraan di perairan pulau Taiwan atas dasar kedaulatan China. Taiwan berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan, oleh itu kerajaannya bersedia untuk menyerang balas China. Pedagang-pedagang forex memantau situasi ini dan takut akan ketidakstabilan pasaran matawang. Itulah sebabnya permintaan terhadap Yen Jepun, matawang selamat, telah meningkat. Sebaliknya, nilai kedua-dua Yuan China dan Dolar Taiwan telah jatuh.

Pedagang forex yang telah meramalkan potensi pengaruh krisis tersebut ke atas kadar pertukaran matawang telah menjana keuntungan daripada peristiwa geopolitik ini.

Covid-19

Pandemik di seluruh dunia mempengaruhi semua aspek kehidupan kita secara drastik, termasuk ekonomi global dan perdagangan Forex. Pandemik tersebut telah menyebabkan perubahan yang mendadak pada kadar pertukaran dolar AS, kejatuhan harga minyak, dan, akibatnya, turun naik yang tinggi dalam pasaran Forex. Dalam hal ini, ramai pelabur mula menjual aset mereka. Pada masa yang sama, keaktifan para pedagang yang cuba mendapatkan keuntungan sebanyak mungkin daripada kemeruapan tersebut meningkat.

Bencana Fukushima

Tragedi yang menjejaskan seluruh dunia pada tahun 2011 — ialah gempa bumi Fukushima, diikuti dengan tsunami dan malapetaka nuklear. Peristiwa geopolitik ini telah mengubah kadar pertukaran Yen Jepun. Selepas bertahun-tahun, masih terdapat risiko untuk melabur dalam Yen Jepun lantaran potensi terjadinya bencana alam.

Brexit dan pound British

"British Pound Jatuh Ke Paras Terendah Berbanding Dolar!" — anda mungkin pernah menyaksikan tajuk berita seperti itu selepas Brexit terjadi. Ya, keputusan UK untuk meninggalkan Kesatuan Eropah menjejaskan kadar pertukaran pound sterling dengan ketara kerana pelabur mula bimbang tentang masa depan ekonomi British.

Bagaimana cara untuk mengelak dari rugi akibat risiko geopolitik?

Untuk menjadi seorang pedagang Forex yang bijak, anda harus sentiasa berwaspada. Pedagang Forex mesti menyesuaikan strategi mereka apabila risiko geopolitik muncul untuk mengelakkan potensi kerugian dan mendapat keuntungan daripada keadaan semasa.

Kami telah mengumpulkan beberapa strategi yang berharga untuk anda!

Pempelbagaian

Salah satu perkara yang paling berkesan untuk dilakukan ialah mempelbagaikan pelaburan anda. Dengan melabur dalam pelbagai pasangan matawang, anda boleh mengurangkan dedahan keseluruhan modal anda kepada risiko. Ingat, tiada krisis yang boleh melanda semua industri, syarikat dan matawang secara serentak di seluruh dunia. Keruntuhan sesetengah sistem sentiasa menjadi peluang kepada yang lain.

Lindung nilai

Lindung nilai Forex (Forex hedging) ialah strategi yang bertujuan untuk mengurangkan potensi kerugian daripada turun naik kadar pertukaran yang tidak diingini. Dengan lindung nilai, anda boleh menetapkan nilai matawang yang diperolehi. Apabila melindung nilai, pelabur memindahkan risikonya kepada mereka yang bersedia menerimanya — ke pasaran. Secara ringkasnya, alat peredam risiko ini membolehkan anda membuka posisi tambahan untuk melindungi diri anda.

Pengurusan risiko

Pedagang forex yang berjaya sentiasa mempunyai strategi pengurusan risiko yang mantap. Pengurusan risiko membantu pedagang untuk bertahan apabila terdapat perkara yang berlaku bertentangan dengan pelan perdagangan. Strategi pengurusan risiko adalah berdasarkan pengetahuan anda tentang nisbah risiko-ganjaran dan semua langkah yang anda akan ambil untuk meminimumkan potensi kerugian anda. Untuk mengurangkan risiko, anda boleh membuat kontrak swap lalai kredit, menghadkan pendedahan terhadap risiko dan memastikan anda sentiasa mengikuti berita-berita geopolitik terkini.

Kesimpulan

Sekarang anda tahu bahawa risiko geopolitik boleh mempengaruhi penerokaan dagangan anda secara drastik dalam pasaran Forex. Untuk mengelakkan potensi kerugian, pedagang mesti berpegang pada strategi yang kukuh dan komprehensif, serta sentiasa mengikuti perkembangan terkini tentang semua berita. Panduan dan syor-syor kami akan membantu anda. Sertai kami dan rintis kembara epik perdagangan anda dengan FBS.

  • 1166

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera