02.06.2023

Pempelbagaian Portfolio: Apakah Manfaatnya Untuk Pedagang Forex?

cover.png

Kumpulkan seberapa banyak telur yang anda mahu, tapi jangan masukkan semuanya dalam satu bakul – prinsip asas seorang pedagang yang bijak. Perdagangan adalah jalan yang besar dengan selekoh-selekoh yang tajam dan berbonggol-bonggol. Itulah sebabnya pedagang harus mempelajari dengan lebih mendalam tentang pelbagai strategi dan kaedah yang berbeza untuk melindungi diri mereka dan mengurangkan risiko.

Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan pempelbagaian dalam perdagangan Forex, mengajar anda cara untuk mempelbagaikan portfolio perdagangan anda, dan menjawab beberapa soalan-soalan yang popular.

06.10.2023

Mendedahkan Kerentanan: Mengenalpasti Sambungan Paling Lemah dalam Rantaian Perdagangan Anda

cover.png

Pedagang sering dianggap sebagai tulang belakang rantaian perdagangan. Walau bagaimanapun, pedagang juga boleh menjadi sambungan yang paling lemah dalam rantaian tersebut. Sebagai seorang pedagang, adalah penting untuk mengenali sisi-sisi lemah yang boleh menghalang kejayaan dan keupayaan anda untuk mengemudi keluar dari kerumitan pasaran. Dengan memahami dan menangani kelemahan ini, pedagang boleh mengukuhkan rantaian perdagangan mereka dan meningkatkan peluang mereka untuk mencapai keuntungan yang konsisten. Dalam artikel ini, kami akan menyelidik kelemahan pedagang dan meneroka strategi untuk memperbaiki posisi anda dalam rantaian perdagangan.

20.10.2023

Menguak Potensi Perdagangan Anda: Strategi-strategi Untuk Maju Lebih Jauh

cover.png

Perdagangan mungkin sesuatu yang lumayan dan seronok bagi mereka yang sedia meluangkan masa dan sumber mereka. Walaupun demikian, selok-belok dunia kewangan mungkin sukar untuk dikemudi dan ramai pedagang memerlukan bantuan. Untuk menyerlahkan potensi perdagangan anda dan mencapai tahap baharu, mungkin ada manfaatnya jika anda menerapkan beberapa strategi untuk mencapai matlamat anda.

22.09.2023

Menguasai Teknik-teknik Perdagangan Forex: Strategi Untuk Kejayaan Dalam Pasaran Matawang

cover.png

Pasaran Forex adalah pasaran kewangan yang paling besar dan paling cair di dunia. Pasaran Forex mencatatkan purata volum perdagangan harian yang mengagumkan iaitu lebih daripada $5 trilion! Pasaran matawang beroperasi sepanjang hari, lima hari seminggu, merentas berbilang zon waktu. Forex membolehkan pedagang dari seluruh dunia melakukan urusniaga perdagangan matawang dan memanfaatkan turun naik kadar tukaran. Bunyinya sangat menarik, bukan? Ya, perdagangan Forex adalah bidang yang bagus untuk membina kerjaya perdagangan dan menghasilkan keuntungan; namun demikian, kejayaan dalam persekitaran yang tinggi daya saingnya memerlukan lebih daripada sekadar tahap pemahaman yang asas tentang Forex, dan peserta perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan terunggul.

18.10.2023

Adakah Anda Pedagang Yang Mandiri atau Dependen?

cover.png

Perdagangan ialah aktiviti yang lumayan untuk mereka yang boleh berfikir dengan pantas dan bebas. Walau bagaimanapun, ramai pedagang, terutamanya pemula, mendapati bahawa sukar untuk mereka memisahkan pengalaman perdagangan mereka daripada pengaruh-pengaruh luar. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui sama ada anda seorang pedagang yang dependen pada ihsan pihak lain atau seorang pedagang yang mandiri, mengapa kemandirian penting dalam perdagangan, dan bagaimana anda boleh berdiri dengan kaki anda sendiri.

10.03.2023

Psikologi Perjudian Dalam Perdagangan

cover.png

Ramai orang mengambil keputusan untuk mula berdagang kerana mereka fikir bahawa ia adalah cara yang mudah dan pantas untuk membuat duit. Mereka menganggap perdagangan seperti permainan, dan menjadi mangsa kepada apa yang dipanggil psikologi perjudian. Dalam artikel ini, kita akan ketahui apa itu psikologi perjudian, bagaimana ia memberi pengaruh kepada perdagangan anda dan cara untuk mengelakkannya.

30.03.2023

Berapakah pendapatan pedagang intrahari?

cover.png

Apakah itu pedagang intrahari?

Dunia perdagangan merangkumi banyak gaya yang berbeza bergantung pada berapa lama para pedagang memegang posisi terbuka dan berapa kerap mereka bersedia untuk berdagang. Pedagang intrahari ialah pedagang yang membeli dan menjual sekuriti dalam satu hari yang sama. Mereka jarang sekali mengekalkan posisi yang terbuka ke hari yang seterusnya dan cenderung untuk memanfaatkan pergerakan harga kecil yang berlaku dalam sehari.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui perbezaan antara perdagangan intrahari dengan gaya-gaya perdagangan yang lain, potensi pendapatan pedagang intrahari, dan bagaimana anda boleh menjadi pedagang intrahari yang berjaya.

29.12.2023

Komponen Yang Paling Kerap Terlepas Pandang Dalam Perdagangan

Cover.png

Perdagangan dalam pasaran kewangan adalah sesuatu proses yang kompleks dan mencabar. Ia memerlukan pemahaman yang mendalam tentang pelbagai komponen yang berbeza. Walaupun pedagang seringkali tertumpu pada indikator, analisis teknikal, trend pasaran, pengurusan portfolio, dsb. untuk melakukan dagangan yang menguntungkan, satu komponen perdagangan yang penting sering dilupakan – masa.

20.09.2023

Saham Berbaloi Didagang Intrahari 2023

cover.png

Perdagangan intrahari melibatkan pembelian dan penjualan instrumen kewangan terpilih pada kelajuan yang tinggi dalam satu hari perdagangan. Perdagangan sebegini sangat popular dalam kalangan pedagang. Dengan mengamalkan perdagangan intrahari, pengamal meraih manfaat daripada turun naik harga jangka pendek yang memfokuskan pada satu siri keuntungan kecil yang boleh ditambah dari semasa ke semasa. Pendekatan perdagangan ini menawarkan potensi keuntungan yang ketara, menarik ramai pedagang walaupun menghadapi risiko.

Melayari gelombang pasaran saham yang bergelora, pedagang intrahari berharap nasib akan menyebelahi mereka dan menukar pelaburan yang sangat kecil kepada keuntungan yang besar. Walau bagaimanapun, kita semua tahu bahawa nasib akan menyebelahi mereka yang paling kuat. Setiap pedagang intrahari profesional tahu bahawa rahsia kejayaan adalah memilih saham yang betul, yang memerlukan  analisis pasaran saham yang komprehensif. Mengenal pasti saham yang meruap dan cair boleh menyumbang kepada keuntungan strategi perdagangan intrahari.

Dalam artikel ini, kami kongsikan kepada anda kriteria yang terbaik untuk dipertimbangkan apabila memilih saham yang betul untuk perdagangan intrahari untuk anda. Pasukan kami juga akan membentangkan kepada anda senarai saham yang disyorkan untuk beroperasi pada tahun 2023.

29.05.2023

Untuk Menjadi Pedagang Hebat, Anda Harus Elakkan 18 Kesilapan Perdagangan ini

cover.png

Pernahkah anda terfikir apakah yang membantu semua profesional di Wall Street sehingga berjaya? Anda akan terkejut, tetapi kunci untuk mencapai sehingga ke tahap mereka ada terselindung di sebalik kesilapan-kesilapan mereka. Ya, itulah kebenarannya. Kebanyakan pedagang yang sukses dan profesional telah melakukan banyak kesilapan sebelum mereka sampai ke mercu kejayaan.

Kesilapan adalah lumrah dan kadangkala ia perlu kerana ia banyak mengajar anda. Yang penting di sini ialah jangan sekali-kali mengulangi kesilapan tersebut kerana sesetengah kesilapan mendatangkan kerugian yang amat besar. Itulah sebabnya kami telah mengumpulkan 18 kesilapan perdagangan paling lazim yang mesti dielakkan, dengan harapan ini dapat menghindarkan anda dari mengalami kerugian.

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera