Currency Appreciation

Peningkatan Nilai Matawang

Apakah Itu Peningkatan Nilai Matawang?

Peningkatan nilai matawang merujuk kepada penguatan suatu matawang berbanding matawang lain atau jika ia dibandingkan dengan emas. Jika pertumbuhan suatu unit monetari kurang daripada beberapa peratus, ia dianggap sebagai turun naik pasaran, tetapi jika lebih, ia dianggap sebagai peningkatan nilai matawang.

Dalam pasaran Forex, pedagang mendagangkan pasangan matawang untuk mengaut laba lantaran dari peningkatan kadar tukaran antara matawang asas berbanding matawang lawan. Untuk mengira nilai matawang tertentu dengan cepat, gunakan kalkulator matawang.

Bagaimana Nilai Matawang Boleh Meningkat?

Selalunya, peningkatan nilai matawang berlaku apabila terdapat keperluan untuk mengurangkan kadar inflasi. Ini boleh dilakukan secara buatan, iaitu melalui campur tangan matawang. Jika dahulunya bank pusat atau kerajaan terpaksa menambah jumlah rizab emas, hari ini ia dijalankan dengan membeli matawang asing sebagai pertukaran dengan matawang domestik. Oleh itu, kadar pertukaran matawang negara meningkat.

Naik nilai matawang semulajadi berlaku apabila sentimen pasaran berubah, dan permintaan untuk matawang rasmi sesebuah negara meningkat.

Peningkatan Nilai Matawang Dan Saham

Saham ialah sekuriti yang mengesahkan hak pemegang saham untuk memegang kepentingan dalam sesebuah syarikat. Walaupun anda cuma memegang sebahagian kecil daripada syarikat tersebut, anda layak untuk menerima dividen dan juga boleh mendapat pendapatan daripada kenaikan nilai syer jika anda membuat keputusan untuk menjualnya.

Nilai saham sangat bergantung pada kecemerlangan syarikat, sektor ekonomi, dan sudah tentu, ekonomi global. Keadaan perniagaan syarikat dan juga harga saham, antara lainnya, dipengaruhi oleh kadar pertukaran matawang rasmi negara dan inflasi. Lebih tinggi kadar inflasi, pulangan sebenar saham akan menjadi lebih rendah, dan begitu juga sebaliknya. Bergantung kepada kenaikan atau kejatuhan matawang, anda boleh menjangkakan bagaimana ini akan memberi kesan kepada kemampuan bayar syarikat dan nilai sahamnya.

Tambahan pula, perhatian perlu diberikan pada status pengeluar, sama ada ia pengeksport atau pengimport. Penilaian semula bermanfaat terutamanya bagi syarikat yang terlibat dalam sektor import, kerana harga barangan asing menurun.

Kesan Utama Peningkatan Nilai Matawang Terhadap Ekonomi

Kesan daripada peningkatan nilai matawang boleh diringkaskan seperti berikut:

  • Pertumbuhan kos eksport. Sektor eksport akan merosot kerana penjualan barangan ke luar negara memberikan negara wang yang lebih sedikit. Akibatnya, pengeluaran dalam negeri turut merosot kerana membuat dan menjual barangan tempatan ke luar negara menjadi kurang menguntungkan berbanding mengimport barangan asing. Sebaliknya, kejatuhan nilai matawang tempatan membawa kepada penurunan kapasiti pembelian pelaburan asing, dan oleh itu terdapat aliran keluar modal.
  • Import yang lebih murah. Dengan kenaikan nilai matawang domestik, mendapatkan barangan dan aset asing adalah lebih menguntungkan, kerana ia boleh dibeli pada harga yang lebih rendah daripada barangan dan aset tempatan. Oleh itu, kadar inflasi dikurangkan kerana kebanjiran barangan eksport yang murah.

Berikut adalah gambar rajah untuk menggambarkan perkara tersebut:

diagram kenaikan nilai matawang .png

Faktor Yang Menyebabkan Peningkatan Nilai Matawang

Penganalisis kewangan mengenal pasti dua sebab di sebalik kenaikan nilai matawang:

  • Inflasi dan kadar faedah. Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, sebab utama kenaikan nilai matawang adalah inflasi yang tinggi serta kadar faedah sebenar yang rendah. Matawang negara menyusut, dan ini membawa kepada kadar sebenar yang lebih rendah dan harga komoditi yang lebih tinggi. Dalam keadaan ini matawang domestik perlu distabilkan.
  • Sentimen pelabur. Ini adalah sebab yang kedua, tetapi tidak kurang pentingnya, yang terhasil daripada peratusan inflasi. Dalam kes inflasi yang tinggi, adalah tidak menguntungkan untuk melabur dalam saham syarikat tempatan, ini kerana jumlah dividen adalah rendah. Dan jika kadar inflasi melebihi kadar faedah, ia akan menjadi lebih teruk — negatif.

Pelabur dan pedagang sama-sama boleh memantau pasaran kewangan global untuk matawang tertinggi dan memberi perhatian kepada signal dan peristiwa yang mungkin menyebabkan nilai matawang meningkat.

Contoh Peningkatan Nilai Matawang

Sebagai contoh kenaikan nilai matawang semula jadi, kita boleh mempertimbangkan kenaikan franc Swiss (CHF) pada tahun 2015. Swiss National Bank telah memansuhkan dasar kewangannya sebelum ini dan berhenti mengawal kadar pertukaran CHF. Ini membawa kepada peningkatan mendadak matawang negara Switzerland sebanyak 40% (38% berbanding USD dan secara tepatnya ialah 41% berbanding EUR) dan mengakibatkan kesan yang besar kepada ekonomi global.

Dan kenaikan nilai matawang buatan, yang dilakukan secara sengaja untuk menurunkan inflasi, sebagai contoh telah berlaku di China pada tahun 2005. Kerajaannya telah mengabaikan kadar pertukaran tetap CNY/USD dan memilih untuk menambatnya kepada sekumpulan matawang sebagai sebahagian daripada dasar kewangan baharu. Dengan cara itu mereka telah menaikkan nilai CNY sebanyak 2% dahulu, dan menjelang 2010 mencatat kenaikan sebanyak lebih daripada 20%.

Kesimpulan

Penilaian semula matawang bukanlah satu proses yang mudah dan ia tidak akan berlaku tanpa pengaruh kerajaan dan bank pusat terhadap dasar ekonomi. Ia mempunyai kedua-dua kesan positif dan negatif, untuk pasaran kewangan, pedagang, pelabur, dan orang biasa. Itulah sebabnya penting untuk sentiasa mengikuti kadar pertukaran dan peristiwa ekonomi, sentiasa bertindak pantas dan selamatkan dompet anda tepat pada masanya.

Undur

2023-05-26 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera