1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. RSI dan RCI dalam Forex: Strategi Perdagangan Yang Optimum
2023-08-31 • Dikemaskini

RSI dan RCI dalam Forex: Strategi Perdagangan Yang Optimum

cover.png

Apabila harga bergerak dengan stabil dalam satu-satu arah, adakalanya sukar untuk meramal kebarangkalian terjadinya penyongsangan. Namun demkian, terdapat beberapa indikator teknikal yang boleh membantu seorang pedagang menganalisa keadaan pasaran untuk kemungkinan pembentukan puncak atau lembah.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari tentang indikator RSI, cara menggunakannya dalam perdagangan Forex dan bagaimana ia berbeza daripada RCI.

RSI: Pengenalan

RSI (Indeks Kekuatan Relatif) ialah indikator momentum yang mengukur kelajuan dan kekuatan pergerakan harga terkini, memberi petunjuk kepada pedagang bahawa suatu aset itu hampir mengalami situasi terlebih jual dan terlebih beli. Dalam erti kata lain, RSI menentukan jika harga aset sudah mendaki terlalu tinggi atau menyusut terlalu rendah, yang boleh mencetuskan reaksi daripada para pedagang dan membawa kepada perubahan arah trend.

Cara RSI berfungsi

RSI ialah sejenis indikator osilator yang bermaksud ia muncul sebagai garisan melengkung yang turun naik antara dua nilai ekstrem. Apabila anda membuka platform perdagangan, anda biasanya boleh menemui indikator RSI dipaparkan sebagai graf yang berasingan di bawah carta harga utama, dengan garis RSI yang mengayun ke atas ke bawah antara skala 0 hingga 100.

Apabila harga mengikuti trend tertentu, indikator RSI mengayun dengan intensiti yang berbeza, bergantung pada bilangan dan saiz penutupan pesanan yang positif dan negatif. Pada asasnya, RSI membandingkan harga tutup semasa aset dengan paras tinggi dan rendah yang direkodkan sebelum ini, dan menentukan momentum pergerakan harga.

Jika garisan RSI di atas garis tengah (50), maka sentimen pasaran semasa ialah bullish; dan sebaliknya. Garis tengah juga boleh dilintasi, yang bermaksud trend akan mengalami penyongsangan tidak lama lagi. Tetapi jika RSI terus naik melepasi aras 70 atau jatuh lebih rendah melepasi aras 30, ia menandakan bahawa aset sudah terlebih jual atau terlebih beli. Dalam kes ini, pedagang harus menjangkakan kemungkinan berlakunya perubahan pada sentimen pasaran.

RSI dalam strategi perdagangan Forex

Indikator RSI mungkin sesuatu yang amat berguna dalam perdagangan Forex, terutamanya dengan strategi perdagangan intrahari.

Strategi perdagangan julat

Cara paling mudah untuk pedagang menggunakan RSI ialah dengan memperhatikan signal terlebih beli atau terlebih jual. Memandangkan perdagangan harian melibatkan usaha untuk memanfaatkan perubahan harga yang berlaku pada hari yang sama, adalah penting untuk melaraskan tetapan RSI kepada tempoh yang lebih pendek untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan relevan.

Sebaik sahaja anda mendapati garis RSI memasuki julat terlebih beli atau terlebih jual, anda boleh bersedia untuk potensi pengunduran. Jika harga naik turun antara had julat tertentu dan julat terlebih beli/terlebih jual yang sejajar dengan aras sokongan dan rintangan yang disahkan sebelum ini, terdapat peluang tinggi harga akan mengalami pengunduran.

Strategi perdagangan trend

Walau bagaimanapun, jika trend pasaran semasa adalah kuat, adalah disyorkan untuk menantikan signal pengesahan sebelum membuat sebarang pesanan dagangan. Sewaktu trend yang kuat, harga mungkin terus bergerak melebihi julat terlebih beli/terlebih jual dan menetapkan aras tinggi atau rendah yang baharu tanpa pullback (menyentap balik) yang ketara.

Apabila anda terperangkap dalam trend yang kuat, tindakan yang terbaik ialah untuk berdagang mengikut arah pergerakan harga. Jika anda melakukan itu, indikator RSI boleh membantu anda mengenal pasti titik kemasukan yang berpotensi. Sebagai contoh, jika trend semasa ialah bullish dan RSI menandakan pasaran terlebih beli, penarikan balik yang kecil mungkin berlaku. Dengan menggunakan signal-signal seperti ini, anda boleh merancang detik untuk membuka dagangan dengan pullback seperti ini dan memasuki pasaran di bawah keadaan yang lebih menguntungkan.

Capahan momentum perdagangan

Salah satu fitur unik indikator momentum ialah capahan momentum (momentum divergences). Antaranya berlaku apabila arah indikator momentum mencapah dari arah trend pasaran semasa. Misalnya, jika harga dan garis RSI semakin menurun, tetapi garis RSI itu kemudian mula menaik, maka telah berlaku pencapahan momentum di situ.

Capahan momentum adalah signal yang memberitahu pedagang bahawa momentum trend semasa mula menjadi perlahan, yang berkemungkinan berakhir dengan penyongsangan trend. Jika anda memperhatikan aras tinggi yang lebih tinggi atau aras rendah yang lebih rendah tidak disahkan pada graf RSI, mungkin wajar bersiap sedia untuk penyongsangan trend.

Creative 2331 _1200x675_2.png

Kelebihan RSI dalam perdagangan Forex

Menggunakan indikator RSI dalam perdagangan Forex mungkin sesuatu yang sangat berguna. Berikut adalah beberapa perkara utama yang boleh ditentukan dengan menerapkan RSI dalam strategi perdagangan Forex anda:

  • momentum trend — RSI menunjukkan kelajuan dan kekuatan trend, yang boleh digunakan untuk menentukan arah trend pada masa depan terdekat, begitu juga sama ada strategi perdagangan anda adalah praktikal di bawah keadaan pasaran semasa;
  • sentimen pasaran — walaupun RSI tidak memberitahu arah trend secara langsung, analisis perubahan harga terkini boleh membantu menentukan trajektori pergerakan pasaran;
  • potensi penyongsangan — mengetahui sama ada trend adalah kuat atau sentimen pasaran semasa boleh menandakan jika dan bila anda boleh menjangkakan potensi penyongsangan mungkin berlaku;
  • anggaran titik masuk dan keluar — anda boleh memerhatikan capahan momentum atau pasaran terlebih jual/terlebih beli untuk tempat yang berpotensi untuk dijadikan titik masuk atau meninggalkan pasaran.

Had RSI

Meskipun terdapat banyak kelebihan untuk menggunakan RSI dalam perdagangan Forex, anda tidak patut bergantung padanya 100%. Walaupun indikator RSI memberi amaran tentang pasaran terlebih beli/terlebih jual, ia tidak menjaminkan pullback harga atau penyongsangan trend dengan sendirinya.

Justeru, adalah penting untuk menggabungkan penggunaan indikator RSI bersama dengan indikator analisis teknikal yang lain seperti osilator Stochastic, MACD, pola carta, dan sebagainya untuk menerima maklumat tambahan.

Apa itu RCI?

RCI (Indeks Korelasi Ranking) adalah satu lagi indeks yang penting bagi pedagang Forex amatur yang kadang kala tidak boleh membezakannya dengan RSI.

Indikator RSI sering kali digunakan dalam perdagangan Forex untuk mengesan dan mengukur kekuatan dan arah korelasi antara pasangan mata wang. Menganalisa korelasi antara elemen-elemen yang berbeza boleh membantu pedagang memahami sama ada perubahan dalam satu elemen boleh menyebabkan perubahan dalam elemen yang lain juga.

Serupa dengan RSI, RCI adalah indikator osilator yang naik turun antara +1 hingga -1, di mana +1 menandakan korelasi positif, -1 menandakan korelasi negatif dan 0 tidak menandakan apa-apa korelasi. Sebagai contoh, jika korelasi antara EURUSD dan XAUUSD ialah 0.9, terdapat korelasi positif yang kuat antara dua pasangan itu yang bermaksud jika harga salah satu pasangan bergerak ke arah tertentu, harga yang lagi satu akan mengikutinya.

Mengetahui korelasi antara pasangan matawang adalah berguna semasa merancang strategi perdagangan anda. Ia juga boleh membantu anda melindung nilai (hedge) untuk menampan risiko.

Perbezaan antara RSI dan RCI

Seperti yang telah anda lihat, RSI dan RCI adalah dua indikator yang sangat berbeza. RSI mengukur kelajuan dan kekuatan kenaikan dan penurunan harga, manakala RCI menentukan korelasi antara pergerakan harga semasa bagi satu pasangan matawang dan pasangan matawang yang lain sepanjang tempoh yang dipilih.

Ringkasan

Ada masanya pasaran Forex agak mencabar. Oleh itu, mana-mana pedagang yang ingin berjaya mesti menggunakan bantuan indikator. Dalam artikel ini anda telah pelajari tentang indikator RSI dan RCI, perbezaan antaranya dan cara untuk menggunakannya dalam strategi perdagangan anda untuk meraih sebanyak mungkin manfaat.

  • 556

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera